Saturday 1 December 2012

Assalamualaikum............

lamanya tak update blog...... sb xde mood tuk writing dan masa yg sgttttt bz..... tapi mulai tahun depan saya akan cuba tuk terus update di sini.... saya akan jadi blog ni sebagai diari saya... pulakkk dahhh.... kui.kui.kui...

Saturday 12 November 2011

Ujian Itu Rahsia Allah SWT

Bismillahirahmaniraheem....

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!



P/S: saya ingatkan tiada siapa yang membaca kat blog saya ni....rupa-rupanya ramai gak yang bagi komen mesej kat FB... terima kasih banyak-banyak saya ucapkan... saya bukannya pakar sangat dalam bidang linguistik ni... baru je sampai tahap yang ke dua...tp sy akan cuba untuk berkongsi pengetahuan di sini... cuma masa tidak mengizinkan je..nk writing ni kena ada mood baik kalau tidak... hehe...

saya minta maaf pada yang add saya kat FB tapi saya tak approve.. bukan sombong tapi ada sebab nya saya tak approve orang yang tak dikenali.... semua orang pun ada alasan masing-masing kan... heheh.. ok  salam sayang muah..!

Thursday 27 October 2011

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) 2012

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), tujuan utama memartabatkan bahasa Melayu adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan  yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama, dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia. 

Manakala  tujuan utama memperkukuh bahasa Inggeris adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global seperti pepatah Melayu “berdiri sama tegak, duduk sama rendah” dengan negara lain. 

Memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran sedang melakukan persiapaan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti.


 “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” adalah merupakan tema hari guru pada tahun ini. Pemilihan tema ini adalah bertepatan dengan peranan guru sebagai penggerak utama proses transformasi pendidikan yang menjadi penentu kepada kejayaan transformasi negara. Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak  yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu, masyarakat dan negara. Guru juga menjadi harapan masyarakat dan negara bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat. Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukan sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Frasa “memartabatkan bahasa Melayu” secara umumnya didefinisikan sebagai memberi kedudukan yang tinggi lagi bermaruah serta berprestij kepada bahasa Melayu dalam kalangan penutur aslinya serta masyarakat lain, pada peringkat nasional, serantau dan global. Memperkukuh Bahasa Inggeris pula membawa maksud memantapkan penggunaan bahasa Inggeris  sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010).


P/S: mulai tahun hadapan pelajar asing yang belajar di negara kita...di wajibkan untuk mempelajari subjek bahasa Melayu.. iaitu KOMUNIKASI BAHASA MELAYU..... saya sangat setuju dnegan cadangan ini kerana dapat memartabatkan bahasa melayu di persada dunia...

Friday 21 October 2011

Di Sebalik Satu Doa Kita...............

Ya Allah.. Dengan nama-MU yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Aku akui segala Kekuasaan-Mu Ya Allah.. Nikmat lagi Rahmat Yang KAU beri tak terbalas oleh ku.. Ya Allah.. Ya Tuhanku.. Hamba-Mu ini mensyukuri di atas segala Rahmat KAU beri, umpama rezeki yang melimpah ruah.. aku bersyukur Al-Hamdulillah.... 


Ya Allah.. Ya Rahman Ya Rahim....... hamba-MU yang hina ini memohon kepada-MU Ya Allah... KAU permudahkanlah jalan jodoh untukku.....


Ya Rahman... Ya Rahim... Seandainya benar dia baik untuk aku.. demi duniaku dan akhiratku.. maka KAU berikanlah kami petunjukMU agar kami tidak hanyut dengan godaan dunia yang datang mengoda, KAU bukakanlah hati kami.. satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkhawinan dan berkatilah dan peliharalah hubungan kami daripada segala kemungkaran hingga ke akhir hayat....

Ya Rahim.... namun seandainya die tidak baik untuk aku..demi duniaku dan akhiratku maka pisahkanlah kami dalam ikatan persaudaraan Islam yang berpanjangan... jauhilah dia daripada hatiku dan kuatkanlah hatiku untuk menerima ketentuanMU ini YA Allah... dan gantikanlah ia dengan seorang yang lagi baik untuk aku demi duniaku dan akhiratku.... Sesungguhnya hanya KAU YANG MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hambaMU yang hina ini.. Sesungguhnya hanya KAU yang mampu mengubah segala-galanya....


Setiap orang sentiasa meminta dan memohon pada Allah apa yang dihajati... hanya pada DIA tempat kita meminta pertolongan... hanya DIA yang mengetahui apa yang tersirat dan apa yang tersurat...

JODOH... semua manusia tidak dapat lari daripada persoalan ini.... mungkin ramai yang sudah mengetahui doa di atas...... mungkin dah ada yang mengamalkannya sejak dari dulu lagi.... ramai di antara kita mengeluh... kenapa... mengapa... bila... Allah  akan makbulkan doa kita.. sedarkah kita.... mungkin tanpa kita sedari.. sebenarnya Allah dah makbulkan doa kita.... mungkin setiap orang Allah tidak makbulkan permintaan kita sekaligus... mungkin sikit demi sikit.. tetapi ada juga doa yang Allah makbulkan sekaligus.... dan semuanya kerana Allah sayangkan kita.. Allah mahu uji kita...uji kesabaran dan keimanan kita....

Apabila kita dikecewakan.. kita rasa sedih yang teramat sangat... rasa tidak mahu hidup lagi... macam-macam perasaan kita alami..... dan ada juga yang salahkan Allah.. kenapa DIA buat kita macam ni...... tapi sedarkah kita.... bukankah setiap hari kita meminta dari DIA... kita memohon petunjuk dari DIA....


Ya Rahim.... namun seandainya dia tidak baik untuk aku..demi duniaku dan akhiratku maka pisahkanlah kami dalam ikatan persaudaraan Islam yang berpanjangan... jauhilah dia daripada hatiku dan kuatkanlah hatiku untuk menerima ketentuanMU ini YA Allah... dan gantikanlah ia dengan seorang yang lagi baik untuk aku demi duniaku dan akhiratku.... Sesungguhnya hanya KAU YANG MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hambaMU yang hina ini.. Sesungguhnya hanya KAU yang mampu mengubah segala-galanya....


Maka sebab itulah hubungan kita dengan seseorang tidak kekal berpanjangan.................... ada orang yang hanya sekali sahaja jumpa dengan orang salah.. ada orang tiga kali.... ada orang empat kali... malah ada orang  10 kali jumpa denga orang yang salah............... sebabnya... Allah dah sediakan seseorang yang terbaik untuk kita, di dunia dan akhirat... SEKUFU dengan kita... Oleh itu.. kita jangan berputus asa.... menyimpan dendam... sentiasalah mengadu dan memohon kepada Allah....  Barangsiapa yang sentiasa menguatamakan Allah dalam apa jua yang dihadapi Insya Allah..Allah akan membantu kita....  Insya Allah.. pasti kebahagiaan  itu untuk kita hingga ke akhir hayat  suatu hari nanti.....


P/S: walau apapun kita hadapi sedih atau gembira... sebelum kita menceritakan pada orang lain... kita ceritalah dulu kepada ALLAH.... luahkan segala-galanya kepada DIA...

Doa ni saya dapat masa saya study kat UPM.. doa yang diberikan oleh DR.TUAH...


Tuesday 11 October 2011

Keperluan Pengijazahan

Memandangkan ada kawan-kawan yang tanya… apa syarat untuk kita grad master….

1-     Seorang calon hendaklah memenuhi keperluan-keperluan berikut untuk pengijazahan.
(a)              Mencapai PNGK terakhir 3.0 dan ke atas
(b)             Menyempurnakan bilangan jam kredit seperti mana yang ditetapkan untuk program ijazah sarjananya.
(c)              Kursus-kursus perlu lulus dengan sekurang-kurangnya dengan gred B
(d)      Dan memenuhi keperluan bahasa seperti yang ditetapkan untuk program ijazah sarjananya.

P/S: saya rasa study master ni lagi senang daripada degree... Cuma kita akan rasa tertekan sikit bila time nak writing tesis.....

Membentuk Identiti Diri

Islam tidak pernah menghalang kemajuan. Malah Islam sentiasa memotivasi umatnya memajukan diri setinggi yang boleh. Jika tidak masakan ada saranan yang berbunyi, “Berusahalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadalah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari.”

Jadi, dalam menilai pada tahap mana anda berada bukan bermakna hendak menyarankan anda menjadi insan yang tidak tahu berasa puas atau tidak tahu bersyukur tetapi mengakui kedudukan yang lebih baik sentiasa tersedia buat anda selagi anda berusaha, berdoa dan bertawakal.

Apakah anda tahu bahawa TUHAN telah menetapkan anda menjadi seperti sekarang di LUH MAHFUZ? Tiada siapa tahu apa sebenarnya yang tercatat di sana. Barangkali anda menjadi sekian-sekian sekiranya anda berusaha sekian-sekian. Jika anda berpuas hati dengan kedudukan sekarang dan tidak mahu berusaha memajukan diri, anda seolah-olah tidak percaya bahawa ALLAH sentiasa bersedia memberikan yang terbaik buat anda.

Qada dan Qadar boleh berubah dengan berdoa yang disertai usaha dan tawakal yang ikhlas. Jika tidak, mengapa ALLAh menyarankan anda berdoa kalau apa yang telah termaktub dalam Qada dan Qadar itu tidak boleh berubah.

Mengapa anda disarankan memohon panjang usia sekiranya usia yang sedia ada itu sudah tetap. Mengapa anda disuruh memohon rezeki yang bertambah kalau secupak sudah anda yakini tidak akan menjadi segantang?

 Demikianlah, kita mesti berkeyakinan keadaan diri kita sentiasa ada harapan untuk diberikan peningkatan dan yang terbaik jika kita berusaha, berdoa dan bertawakal mengikut saranan dan kehendak agama. Motivasi diri, malah sudah terang dan nyata dalam firman-firman dan juga hadis-hadis Nabi s.a.w. Jika sudah ditetapkan anda hanyalah sekian-sekian, untuk apalagi ayat-ayat dan sabda-sabda yang berbentuk saranan, suruhan malah paksaan itu.

P/S: Mahu jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik  di dunia dan akhirat… Insya Allah… Thanks untuk DR. HM TUAH ISKANDAR..
Saya sangat sedih dengan sikap pelajar sekarang.. kalau la saya boleh cuci otak mereka dah lama saya cuci.. Ya Allah.. bukalah pintu hati dan terangilah hati anak-anak muridku dengan nur keimanan yang bergemerlapan.

Monday 10 October 2011

Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Melayu

Bagaimana seorang anak Melayu menguasai bahasa ibunya sehingga dia pandai berbahasa.

Perkembangan bahasa seseorang bayi itu bermula dengan tangisan atau senyuman sebagai menyatakan perasaan dan keperluannya. Ini dikatakan bahasa nurani iaitu dia akan tersengih atau pun tersenyum jikalau dia senang, manakala dia akan merengek atau menangis jikalau dia lapar atau berada dalam keadaan tidak selesa atau sakit.

Apabila kanak-kanak itu menjangkau umur kira-kira satu tahun barulah dia mengisi bahasa-bahasanya dengan baik secara lisan mengikut peringkat-peringkat seperti dalam Jadual 2.1 A.E.Blackhurst. Proses permerolehan bahasa akan berkembang secara semula jadi mengikut urutan Jadual 2.1 seperti di bawah.

Jadual 2.1: Proses Permerolehan Bahasa
Umur
Perbendaharaan Kata
8 bulan – 1 ½ tahun
Sepatah perkataan
1 ½ tahun – 2 ½ tahun
Dua patah perkataan
2 ½ tahun – 4 tahun
Ayat pendek
Lebih daripada 4 ½ tahun
Ayat sempurna
1 tahun
2 atau 3 patah perkataan
1 ½ tahun
20-50 patah perkataan
2 tahun
Lebih kurang 300 perkataan
2 ½ tahun
lebih kurang 500 perkataan
3 tahun
Lebih kurang 1,000 perkataan
4 tahun
Lebih kurang 1,5000 perkataan
5 tahun
Lebih kurang 2,000 perkataan
6 tahun
Lebih kurang 2,500 perkataan
7 tahun
Lebih kurang 4,000 perkataan

Tetapi perkembangan ini terjadi sekiranya seseorang kanak-kanak terdedah dengan persekitaran yang sihat kerana pada peringkat ini kanak-kanak mudah dipengaruhi dan menerima didikan.

Sejak dilahirkan bayi terus berusaha berkomunikasi dengan orang lain. Yang dimaksudkan dengan berkomunikasi di sini ialah menyampaikan dan menerima sesuatu mesej atau erti.

Cara yang dipakai oleh bayi ialah:
·        apabila dia lapar maka erti atau mesej ini disampaikan dengan cara menangis.
·        Apabila dia kenyang dan berpuas hati mesej ini disampaikan dengan cara tidur nyeyak.

Perkataan pertama yang dikeluarkan oleh seseorang bayi ialah ’nggek’ [ge:k]. ’nggek’ tetap membawa pengertian kerana seseorang ibu atau orang yang terdekat dengan bayi faham akan maksud perkataan ’nggek’ itu, iaitu satu usaha bayi yang berbentuk tuturan untuk mendapatkan susu. Kemugkinan pada bayi tersebut setiap kali dia menyebut ’perkataan’ ini dia akan berasa puas keran hajatnya akan terlaksana. Pendeknya, apabila bayi hendakkan susu dia hanya perlu sebut ’nggek’ dan susu akan diberikan kepadanya. Berdasarkan pengalamannya bayi dapati setiap kali dia menyuarkan ’nggek’ hajatnya hendakkan susu akan tercapai. Kadangkala perkataan ini akan diperkuatkan lagi dengan gerak geri tangan dan kaki, nada suara dan ekspresi.

Sering kali juga kita menggunakan bunyi sesuatu benda itu di dalam bahasa bayi kita, sewaktu kita hendak memperkenalkan benda berkenaan pada bayi kita. Misalnya kita hendak memperkenalkan seekor kucing, adalah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut  ’ngiau’. Ketika hendak memperkenalkan seekor anjing pula, kebiasaanya kita menyebut  ’wow’, ’wow’. Jadi pada bayi berkenaan, kuicng ialah ’ngiau’ dan anjing adalah ’wow’, ’wow’. Setelah dapat menguasai konsep ini dan diikuti pula akhirnya dengan keupayaan mengeluarkan kata-kata itu, bayi itu akan terus menggunakan perkataan-perkataan ini untuk benda-benda yang berkenaan sehinggalah dia sampai satu tahap di mana dia menguasai ’bahas dewasa’. Pada tahap ini bolehlah dikatakan dia meninggalkan ’bahasa bayinya’ dan mula menguasai bahasa ibundanya.

Sejak dilahirkan si bayi juga terus mengamati persekitarannya melalui pancainderanya tanpa disedarinya keranna hakikat ini telah diatur dan direncanakan secara semula jadi. Bayi mula belajar bahasa dengan mencuba bercakap dengan ibu bapanya.

Chomsky, seorang tokoh bahasa Amerika. Menurutnya tidak semestinya seseorang kanak-kanak Melayu yang telah dilahirkan dalam keluarga Melayu dapat menguasai bahasa Melayu secara semula jadi. Sekiranya kanak-kanak Melayu itu tadi dibesarkan di dalam keluarga Cina semestinya dia boleh bercakap dalam bahasa Cina, begitu juga sebaliknya. Hal ini terjadi kerana kanak-kanak akan mendengar dan akan mengikut apa yang didengarinya. Inilah cara kanak-kanak normal menguasai bahasa


P/S: Kanak-kanak perempuan mula bercakap lebih awal dari kanak-kanak lelaki.