Thursday 27 October 2011

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) 2012

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), tujuan utama memartabatkan bahasa Melayu adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan  yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama, dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia. 

Manakala  tujuan utama memperkukuh bahasa Inggeris adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global seperti pepatah Melayu “berdiri sama tegak, duduk sama rendah” dengan negara lain. 

Memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran sedang melakukan persiapaan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti.


 “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” adalah merupakan tema hari guru pada tahun ini. Pemilihan tema ini adalah bertepatan dengan peranan guru sebagai penggerak utama proses transformasi pendidikan yang menjadi penentu kepada kejayaan transformasi negara. Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak  yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu, masyarakat dan negara. Guru juga menjadi harapan masyarakat dan negara bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat. Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukan sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Frasa “memartabatkan bahasa Melayu” secara umumnya didefinisikan sebagai memberi kedudukan yang tinggi lagi bermaruah serta berprestij kepada bahasa Melayu dalam kalangan penutur aslinya serta masyarakat lain, pada peringkat nasional, serantau dan global. Memperkukuh Bahasa Inggeris pula membawa maksud memantapkan penggunaan bahasa Inggeris  sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010).


P/S: mulai tahun hadapan pelajar asing yang belajar di negara kita...di wajibkan untuk mempelajari subjek bahasa Melayu.. iaitu KOMUNIKASI BAHASA MELAYU..... saya sangat setuju dnegan cadangan ini kerana dapat memartabatkan bahasa melayu di persada dunia...

Friday 21 October 2011

Di Sebalik Satu Doa Kita...............

Ya Allah.. Dengan nama-MU yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Aku akui segala Kekuasaan-Mu Ya Allah.. Nikmat lagi Rahmat Yang KAU beri tak terbalas oleh ku.. Ya Allah.. Ya Tuhanku.. Hamba-Mu ini mensyukuri di atas segala Rahmat KAU beri, umpama rezeki yang melimpah ruah.. aku bersyukur Al-Hamdulillah.... 


Ya Allah.. Ya Rahman Ya Rahim....... hamba-MU yang hina ini memohon kepada-MU Ya Allah... KAU permudahkanlah jalan jodoh untukku.....


Ya Rahman... Ya Rahim... Seandainya benar dia baik untuk aku.. demi duniaku dan akhiratku.. maka KAU berikanlah kami petunjukMU agar kami tidak hanyut dengan godaan dunia yang datang mengoda, KAU bukakanlah hati kami.. satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkhawinan dan berkatilah dan peliharalah hubungan kami daripada segala kemungkaran hingga ke akhir hayat....

Ya Rahim.... namun seandainya die tidak baik untuk aku..demi duniaku dan akhiratku maka pisahkanlah kami dalam ikatan persaudaraan Islam yang berpanjangan... jauhilah dia daripada hatiku dan kuatkanlah hatiku untuk menerima ketentuanMU ini YA Allah... dan gantikanlah ia dengan seorang yang lagi baik untuk aku demi duniaku dan akhiratku.... Sesungguhnya hanya KAU YANG MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hambaMU yang hina ini.. Sesungguhnya hanya KAU yang mampu mengubah segala-galanya....


Setiap orang sentiasa meminta dan memohon pada Allah apa yang dihajati... hanya pada DIA tempat kita meminta pertolongan... hanya DIA yang mengetahui apa yang tersirat dan apa yang tersurat...

JODOH... semua manusia tidak dapat lari daripada persoalan ini.... mungkin ramai yang sudah mengetahui doa di atas...... mungkin dah ada yang mengamalkannya sejak dari dulu lagi.... ramai di antara kita mengeluh... kenapa... mengapa... bila... Allah  akan makbulkan doa kita.. sedarkah kita.... mungkin tanpa kita sedari.. sebenarnya Allah dah makbulkan doa kita.... mungkin setiap orang Allah tidak makbulkan permintaan kita sekaligus... mungkin sikit demi sikit.. tetapi ada juga doa yang Allah makbulkan sekaligus.... dan semuanya kerana Allah sayangkan kita.. Allah mahu uji kita...uji kesabaran dan keimanan kita....

Apabila kita dikecewakan.. kita rasa sedih yang teramat sangat... rasa tidak mahu hidup lagi... macam-macam perasaan kita alami..... dan ada juga yang salahkan Allah.. kenapa DIA buat kita macam ni...... tapi sedarkah kita.... bukankah setiap hari kita meminta dari DIA... kita memohon petunjuk dari DIA....


Ya Rahim.... namun seandainya dia tidak baik untuk aku..demi duniaku dan akhiratku maka pisahkanlah kami dalam ikatan persaudaraan Islam yang berpanjangan... jauhilah dia daripada hatiku dan kuatkanlah hatiku untuk menerima ketentuanMU ini YA Allah... dan gantikanlah ia dengan seorang yang lagi baik untuk aku demi duniaku dan akhiratku.... Sesungguhnya hanya KAU YANG MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hambaMU yang hina ini.. Sesungguhnya hanya KAU yang mampu mengubah segala-galanya....


Maka sebab itulah hubungan kita dengan seseorang tidak kekal berpanjangan.................... ada orang yang hanya sekali sahaja jumpa dengan orang salah.. ada orang tiga kali.... ada orang empat kali... malah ada orang  10 kali jumpa denga orang yang salah............... sebabnya... Allah dah sediakan seseorang yang terbaik untuk kita, di dunia dan akhirat... SEKUFU dengan kita... Oleh itu.. kita jangan berputus asa.... menyimpan dendam... sentiasalah mengadu dan memohon kepada Allah....  Barangsiapa yang sentiasa menguatamakan Allah dalam apa jua yang dihadapi Insya Allah..Allah akan membantu kita....  Insya Allah.. pasti kebahagiaan  itu untuk kita hingga ke akhir hayat  suatu hari nanti.....


P/S: walau apapun kita hadapi sedih atau gembira... sebelum kita menceritakan pada orang lain... kita ceritalah dulu kepada ALLAH.... luahkan segala-galanya kepada DIA...

Doa ni saya dapat masa saya study kat UPM.. doa yang diberikan oleh DR.TUAH...


Tuesday 11 October 2011

Keperluan Pengijazahan

Memandangkan ada kawan-kawan yang tanya… apa syarat untuk kita grad master….

1-     Seorang calon hendaklah memenuhi keperluan-keperluan berikut untuk pengijazahan.
(a)              Mencapai PNGK terakhir 3.0 dan ke atas
(b)             Menyempurnakan bilangan jam kredit seperti mana yang ditetapkan untuk program ijazah sarjananya.
(c)              Kursus-kursus perlu lulus dengan sekurang-kurangnya dengan gred B
(d)      Dan memenuhi keperluan bahasa seperti yang ditetapkan untuk program ijazah sarjananya.

P/S: saya rasa study master ni lagi senang daripada degree... Cuma kita akan rasa tertekan sikit bila time nak writing tesis.....

Membentuk Identiti Diri

Islam tidak pernah menghalang kemajuan. Malah Islam sentiasa memotivasi umatnya memajukan diri setinggi yang boleh. Jika tidak masakan ada saranan yang berbunyi, “Berusahalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadalah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari.”

Jadi, dalam menilai pada tahap mana anda berada bukan bermakna hendak menyarankan anda menjadi insan yang tidak tahu berasa puas atau tidak tahu bersyukur tetapi mengakui kedudukan yang lebih baik sentiasa tersedia buat anda selagi anda berusaha, berdoa dan bertawakal.

Apakah anda tahu bahawa TUHAN telah menetapkan anda menjadi seperti sekarang di LUH MAHFUZ? Tiada siapa tahu apa sebenarnya yang tercatat di sana. Barangkali anda menjadi sekian-sekian sekiranya anda berusaha sekian-sekian. Jika anda berpuas hati dengan kedudukan sekarang dan tidak mahu berusaha memajukan diri, anda seolah-olah tidak percaya bahawa ALLAH sentiasa bersedia memberikan yang terbaik buat anda.

Qada dan Qadar boleh berubah dengan berdoa yang disertai usaha dan tawakal yang ikhlas. Jika tidak, mengapa ALLAh menyarankan anda berdoa kalau apa yang telah termaktub dalam Qada dan Qadar itu tidak boleh berubah.

Mengapa anda disarankan memohon panjang usia sekiranya usia yang sedia ada itu sudah tetap. Mengapa anda disuruh memohon rezeki yang bertambah kalau secupak sudah anda yakini tidak akan menjadi segantang?

 Demikianlah, kita mesti berkeyakinan keadaan diri kita sentiasa ada harapan untuk diberikan peningkatan dan yang terbaik jika kita berusaha, berdoa dan bertawakal mengikut saranan dan kehendak agama. Motivasi diri, malah sudah terang dan nyata dalam firman-firman dan juga hadis-hadis Nabi s.a.w. Jika sudah ditetapkan anda hanyalah sekian-sekian, untuk apalagi ayat-ayat dan sabda-sabda yang berbentuk saranan, suruhan malah paksaan itu.

P/S: Mahu jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik  di dunia dan akhirat… Insya Allah… Thanks untuk DR. HM TUAH ISKANDAR..
Saya sangat sedih dengan sikap pelajar sekarang.. kalau la saya boleh cuci otak mereka dah lama saya cuci.. Ya Allah.. bukalah pintu hati dan terangilah hati anak-anak muridku dengan nur keimanan yang bergemerlapan.

Monday 10 October 2011

Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Melayu

Bagaimana seorang anak Melayu menguasai bahasa ibunya sehingga dia pandai berbahasa.

Perkembangan bahasa seseorang bayi itu bermula dengan tangisan atau senyuman sebagai menyatakan perasaan dan keperluannya. Ini dikatakan bahasa nurani iaitu dia akan tersengih atau pun tersenyum jikalau dia senang, manakala dia akan merengek atau menangis jikalau dia lapar atau berada dalam keadaan tidak selesa atau sakit.

Apabila kanak-kanak itu menjangkau umur kira-kira satu tahun barulah dia mengisi bahasa-bahasanya dengan baik secara lisan mengikut peringkat-peringkat seperti dalam Jadual 2.1 A.E.Blackhurst. Proses permerolehan bahasa akan berkembang secara semula jadi mengikut urutan Jadual 2.1 seperti di bawah.

Jadual 2.1: Proses Permerolehan Bahasa
Umur
Perbendaharaan Kata
8 bulan – 1 ½ tahun
Sepatah perkataan
1 ½ tahun – 2 ½ tahun
Dua patah perkataan
2 ½ tahun – 4 tahun
Ayat pendek
Lebih daripada 4 ½ tahun
Ayat sempurna
1 tahun
2 atau 3 patah perkataan
1 ½ tahun
20-50 patah perkataan
2 tahun
Lebih kurang 300 perkataan
2 ½ tahun
lebih kurang 500 perkataan
3 tahun
Lebih kurang 1,000 perkataan
4 tahun
Lebih kurang 1,5000 perkataan
5 tahun
Lebih kurang 2,000 perkataan
6 tahun
Lebih kurang 2,500 perkataan
7 tahun
Lebih kurang 4,000 perkataan

Tetapi perkembangan ini terjadi sekiranya seseorang kanak-kanak terdedah dengan persekitaran yang sihat kerana pada peringkat ini kanak-kanak mudah dipengaruhi dan menerima didikan.

Sejak dilahirkan bayi terus berusaha berkomunikasi dengan orang lain. Yang dimaksudkan dengan berkomunikasi di sini ialah menyampaikan dan menerima sesuatu mesej atau erti.

Cara yang dipakai oleh bayi ialah:
·        apabila dia lapar maka erti atau mesej ini disampaikan dengan cara menangis.
·        Apabila dia kenyang dan berpuas hati mesej ini disampaikan dengan cara tidur nyeyak.

Perkataan pertama yang dikeluarkan oleh seseorang bayi ialah ’nggek’ [ge:k]. ’nggek’ tetap membawa pengertian kerana seseorang ibu atau orang yang terdekat dengan bayi faham akan maksud perkataan ’nggek’ itu, iaitu satu usaha bayi yang berbentuk tuturan untuk mendapatkan susu. Kemugkinan pada bayi tersebut setiap kali dia menyebut ’perkataan’ ini dia akan berasa puas keran hajatnya akan terlaksana. Pendeknya, apabila bayi hendakkan susu dia hanya perlu sebut ’nggek’ dan susu akan diberikan kepadanya. Berdasarkan pengalamannya bayi dapati setiap kali dia menyuarkan ’nggek’ hajatnya hendakkan susu akan tercapai. Kadangkala perkataan ini akan diperkuatkan lagi dengan gerak geri tangan dan kaki, nada suara dan ekspresi.

Sering kali juga kita menggunakan bunyi sesuatu benda itu di dalam bahasa bayi kita, sewaktu kita hendak memperkenalkan benda berkenaan pada bayi kita. Misalnya kita hendak memperkenalkan seekor kucing, adalah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut  ’ngiau’. Ketika hendak memperkenalkan seekor anjing pula, kebiasaanya kita menyebut  ’wow’, ’wow’. Jadi pada bayi berkenaan, kuicng ialah ’ngiau’ dan anjing adalah ’wow’, ’wow’. Setelah dapat menguasai konsep ini dan diikuti pula akhirnya dengan keupayaan mengeluarkan kata-kata itu, bayi itu akan terus menggunakan perkataan-perkataan ini untuk benda-benda yang berkenaan sehinggalah dia sampai satu tahap di mana dia menguasai ’bahas dewasa’. Pada tahap ini bolehlah dikatakan dia meninggalkan ’bahasa bayinya’ dan mula menguasai bahasa ibundanya.

Sejak dilahirkan si bayi juga terus mengamati persekitarannya melalui pancainderanya tanpa disedarinya keranna hakikat ini telah diatur dan direncanakan secara semula jadi. Bayi mula belajar bahasa dengan mencuba bercakap dengan ibu bapanya.

Chomsky, seorang tokoh bahasa Amerika. Menurutnya tidak semestinya seseorang kanak-kanak Melayu yang telah dilahirkan dalam keluarga Melayu dapat menguasai bahasa Melayu secara semula jadi. Sekiranya kanak-kanak Melayu itu tadi dibesarkan di dalam keluarga Cina semestinya dia boleh bercakap dalam bahasa Cina, begitu juga sebaliknya. Hal ini terjadi kerana kanak-kanak akan mendengar dan akan mengikut apa yang didengarinya. Inilah cara kanak-kanak normal menguasai bahasa


P/S: Kanak-kanak perempuan mula bercakap lebih awal dari kanak-kanak lelaki.



Panduan program pascasiswazah

Program sarjana:

1-     sarjana secara kursus
-         terdiri daripada 36 jam kredit yang melibatkan kursus-kursus berikut:
kursus teras           15 jam kredit
kursus pilihan         21 jam kredit
-         bahagian laporan penyelidikan  6 jam kredit

2-    sarjana secara kursus dan disertasi
-         bahagian kursus terdiri daripada 18 jam kredit yang melibatkan kursus berikut:
kursus teras           9 jam kredit
kursus pilihan         9 jam kredit
-         bahagian disertasi 18 jam kredit

3-    sarjana secara kursus klinikal
- untuk fakulti perubatan dan pergigian

4-    sarjana secara disertasi

= program saya ialah sarjana secara kursus dan disertasi=

Tempoh minimum bagi program ini adalah selama (3) tiga semester dan tempoh maksimumnya adalah selama (10) sepuluh semester.
Pada awalnya saya memilih program sarjana secara kursus tetapi setelah dinasihati oleh pensyarah saya terus menukar program kepada sarjana secara kursus dan disertasi. Menurut pensyarah saya, kalau kita bercadang untuk menyambung pengajian di peringkat PHD lebih baik kita buat tesis. Lagipun beza dengan laporan kajian sedikit jer..

-    Laporan penyelidikan dan kertas projek = tidak melebihi 20,000 patah perkataan.
-    Disertasi = tidak melebihi 30,000 patah perkataan

So kita dapat lihat di sini perbezaannya sikit sahaja tapi kerja dan penat lelah sama sahaja untuk menyiapkan kedua-dua projek ini. Tapi kalau bagi siapa yang rajin nak masuk kelas dan jawab exam pilih lah secara kursus, kalau sape yang malas nak masuk kelas dan exam pilih secara kursus dan disertasi. Kalau tanya pendapat saya yang mana lagi bagi baik.... ermm...

” kalau siapa yang nak ilmu pengetahuan lebih saya sarankan ambil secara kursus sebab dapat belajar 7 kursus, bagi yang nak habis cepat pun pilih ni juga. Kalau program ni juga senang nak dapat PNGK tinggi.. kebanyakan yang lulus master dengan cemerlang yang ambil sarjana secara kursus.

Tetapi bagi sesiapa yang berminat bidang penyelidikan untuk meneroka dan melangkah lebih jauh lagi saya sarankan pilih secara kursus dan disertasi. Untuk lulus master dengan cemerlang ambil program ni agak susah sebab ramai yang tersangkut di bahagian II iaitu tesis. Tapi kalau pilih program ni kena disiplinkan diri... kalau tak tahu nak disiplinkan diri dan tak yakin pada diri sendiri jangan pilih program ni” banyank cabaran dna dugaannya. Tapi biasa la kalau kita nak sesuatu yang berharga kena la bersusah-susah dahalu kan...”

Secara jujur la saya cakap kat sini.. bukan nak menakutkan semua orang tapi saya nak semua orang tahu.. hanya orang yang pernah melalui sahaja yang tahu betapa besarnya dugaan untuk menyiapkan tesis. Bagi pelajar full time pun nak pecah kepala apatah lagi yang menjadi pelajar dalam masa yang sama juga menjadi pekerja.. hanya Allah je tahu.. nak muntah, nak pecah kepala saya... time tu rasa rasa menyesal jer sambung belajar.. rasa tak nak belajar dah lepas ni... tapi bila dah berjaya siapakan tesis dan dapat keputusan... rasa syukur sangat-sangat.. kepuasan dan rasa bangga sangat-sangat pada diri sendiri... ( dlm hati mula la.. nak sambung lagi la lepas ni..heheh)

Tapi jangan risau... saya percaya semua orang boleh melakukan.. yang penting kita mesti berusaha dan tawakal pada Allah pasti boleh... seorang pelajar tingkatan 2 pernah tanya saya:

Pelajar:   “cikgu boleh ke saya berjaya...?

Saya:       “kenapa pulak tak boleh...?

Pelajar:   ”ye la.... saya kan berada dalam kelas hujung... mesti tak sempat lagi nak kejar kawan-kawan yang lain.....

Saya:       ”la.... awak tak boleh cakap macam ni... awak tak boleh mengalah sebelum awak berjuang.... walau di mana awak berada sekarang belum tentu awak akan berada di tempat tu selama-lamanya. Tak semestinya sekarang awak berada di kelas akhir masa depan awak dah gagal dan tak semestinya kalau yang berada di kelas pertama masa depan dia berjaya. Perjalanan awak masih lagi jauh...... awak masih lagi ada masa untuk membentuk diri awak sama ada awak akan menjadi seorang yang gagal ataupun seorang yang berjaya. Cikgu dulu masa kat sekolah pun bukannya berada di dalam kelas yang pertama juga. Ingat ni.... kalau awak nak jadi manusia yang berguna, manusia yang berjaya, anak yang menjadi kebanggaan ibu bapa awak... awak belajar la bersungguh-sungguh.. jangan main-main, jangan cepat putus asa mudah menyerah kalah, jaga hubungan awak dengan Allah..lepas tu tawakal... Insya Allah.. awak akan jadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.. sekurang-kurangnya awak berusaha daripada awak tidak melakukan apa-apa, walaupun adakalanya yang diusahakan itu gagal.



Syarat lulus dengan cemerlang sarjana ialah:

1- Program sarjana secara kursus
-                     mengekalkan CGPA 3.70 ke atas....

2- Program sarjana secara kursus dan disertasi
          -        Mengekalkan CGPA 3.70 ke atas...
          -        Disertasi tiada pembetulan minor
(tak boleh salah satu, kena dua-dua cemerlang baru dapat sarjana lulu dengan cemerlang)

P/S: tiada sesiapun manusia kat dunia ni yang tidak pernah merasai kegagalan dan kekecewaan. Gagal dan kecewa adalah satu lagi bentuk kejayaan kerana dengan kegagalan akan terbentuklah kemahiran. Walau siapa pun kita sekarang kalau kita tidak menjaga hubungan denga Allah apa yang kita lakukan hanyalah sia-sia...
=semoga berjaya untuk kawan-kawan dan pelajar-pelajarku..=








TXGA6329


Dalam banyak-banyak kursus yang saya pelajari... saya lebih suka dan tertarik dengan kursus Kelemahan Komunikasi Manusia (TXGA6329)

Kursus ini merupakan pengenalan kepada pembahagian asas komunikasi manusia berdasarkan jenis-jenis ketidakupayaan atau kelemahan. Perbincangan yang meluas tentang kelengahan pertuturan dan bahasa yang disebabkan oleh kekurangan atau kehilangan keupayaan pada peringkat developmental atau perolehan. Aspek seperti defisit fonetik/fonologi, kekurangan/kehilangan tatabahasa serta leksikal/semantik juga dibincangkan. Ini termasuk masalah pragmatik dalam sindrom-sindrom yang biasa ditemui seperti Austisme, sindrom Down, Afasia serta sindrom defisit tumpuan dan kecacatan hiperajtif (ADHD). Kelemahan suara dan kelancaran serta pendengaran juga dianggap sebagai sebahagian daripada kelemahan.

Masa belajar kursus ni saya rasa macam doktor dah... hehehe... sebab pensyarah tunjuk pada kami peti suara orang gagap bercakap, lepas tu suara yang kecil tu (sengau) pun ada.... masa ambil kursus ni la tiba-tiba saya dapat idea untuk tajuk disertasi saya....


P/S: tak sempat ambil kursus Pertuturan dan Pendengaran iaitu mengkaji unsur-unsur dalam penghasilan dan penerimaan bunyi dalam kalangan manusia normal dan manusia cacat.



Apabila anda boleh bangun subuh.....

Dalam konteks kehidupan sekarang, jika ditanya , “siapakah orang yang paling kuat?” Apakah jawapan yang mungkin anada berikan?

Mungkin anda akan mengatakan seorang ahli bina badan adalah orang yang terkuat sekali. Mungkin anda juga akan mengatakan seoranh ahli angkat berat sebagai orang terkuat sekali. Begitu juga, mungkin anda mengatakan seorang yang telah diiktiraf sebagai manusia terkuat di dunia orang yang terkuat dalam kalangan orang-orang yang terkuat. Mungkin anda juga akan mengatakan seorang ahli gusti sebagai terkuat, seorang ahli tinju sebagai terkuat, seorang ahli sumo terkuat dan sebagainya lagi.

Sebenarnya, orang yang terkuat adalah orang yang mampu bangun pada waktu subuh untuk menunaikan sembahyang subuh secara berjemaah. Mungkin jawapan ini ini tidak termasuk akal bagi sesetengah orang. Sebenarnya, inilah jawapan yang paling tepat dalam konteks kehidupan seseorang Mukmin yang sejati.

Lihatlah, hakikat kehidupan anda. Anda dapat saksikan waktu subuh adalah waktu berat untuk dihadapi. Sesetengah orang kuat untuk bangkit pada waktu subuh tetapi bukanlah untuk menunaikan sembahyang Subuh tetapi semata-mata kerana tuntutan pekerjaan dan kehidupannya. Dia sanggup membuangkan selimutnya untuk mencari rezeki, untuk menyediakan persiapan anak-anaknya ke sekolah, untuk memastikan dia tidak ketinggalan bas, LRT, kapal terbang dan sebagainya. Tetapi dia tidak sanggup untuk pasrahkan diri kepada Allah, pada awal pagi, pada saat dia amat memerlukan Tuhan-nya untuk menghadapi hari-hari yang entah bagaimana itu.

Hakikat Subuh sebagai cabaran terhebat bagi manusia mutakhir ini bukanlah satu andaian belaka. Jika anda pergi ke surau dan masjid pada waktu subuh, anda akan dapati hanya beberapa kerat sahaja orang yang berada di situ berdiri sebaris untuk menunaikan sembahyang subuh berjemaah. Mengapakah hanya sebanyak itu orang yang hadir? Ke mana perginya orang-orang yang lain? Ke mana perginya ahli jemaah yang setiap Jumaat tidak memuat-muatkan masjid itu? Dan ke manakah perginya orang-orang yang melimpah-limpah hingga menyempitkan masjid-masjid pada waktu sembahyang sunat Hari Raya? Ke manakah semua pergi?

Sekuat mana sekalipun anda, kalau tangan tidak bertenaga untuk mengangkat dan melemparkan selimut, anda bukanlah kuat tetapi seorang manusia yang amat lemah dalam mengendalikan diri anda sendiri. Mengapa anda begitu kuat dan ghairah bangkit untuk memenuhi tuntuntan hidup tetapi tidak kuat untuk sekadar mengangkat takbir, melakukan gerak tubuh sebanyak dua rakaat itu sahaja, padahal sepanjang hari entah berapa ratus kalu anda menggerakkan tubuh anda, malah hingga berpeluh-peluh dan begitu letih sekali tetapi untuk dua rakaat yang dinamakan sembahyang Subuh berjemaah itu tidak upaya anda laksanakan. Apakah anda tidak berasa pelik dengan keadaan ini? Atau apakah ia fenomena biasa bagi manusia zaman mutakhir ini?

Tuntutan pertama kita sebagai seorang muslim bermula pada awal pagi. Allah memerintahkan kita bangkit pada waktu demikian dan tunaikanlah suruhan-NYA kerana pada waktu beginilah rezeki dan rahmat menjadi murah.

Bagaimanakah kita mahukan keberkatan dalam hidup sedangkan perintah daru TUAN PUNYA keberkatan tidak kita hiraukan? Apakah kita berasa kuat untuk hidup bersendiri? Apakah kita berasa sudah cukup terjamin untuk menjalani kehidupan kita dengan meraih rezeki-rezeki yang belum pasti, yang sentiasa berada di tangan ALLAH itu?

Sebenarnya kita semua tidak kuat untuk menghadapi kesemuanya ini, kecuali dengan adanya pimpinan dan petunjuk dari Allah S.W.T. Iman akan mampu menggerakkan kita dari tidur. Imanlah yang akan memandu kita supaya membuangkan selimut, bangkit dengan berdoa, kemudian mengambil wuduk biarpun suasana amat sejuk. Iman jugalah yang akan memandu kita supaya pergi berjemaah.

Lihatlah makhluk lain yang begitu akur kehidupan mereka. Dengarlah kokokan ayam pada awal subuh. Sejah dahulu, sejak berzaman lagi, haiwan ini tidak pernah ponteng melakukan tugas mereka mengejutkan kita dari tidur, dengan kokokannya yang panjang, sayu dan syahdu itu tetapi kita masih juga angkuh dengan mengatakan. ”hai ayam, memekak saja kamu ni!” Dan pada saat yang sama kita terus mengaku kitalah yang terpintar, kitalah makhluk yang terhebatdan terkuat, kitalah yang mulia, kitalah segala-galanya, sedang hakikat sebenarnya, ayam lebih dahulu bangkit dan menunaikan tanggungjawabnya daripada kita. Kita yang mengaku memiliki minda cemerlang rupanya gagal dalam peraduan dengan ayam.

Jika kita bandingkan dengan tabiat ayam ini sahaja pun, kita sudah dapat melihat betapa kita begitu lemah dalam menghadapi subuh. Kita begitu takut untuk mengangkat selimut dan melemparkannya jauh-jauh. Untuk siapakah laungan-laungan azan itu? Sudah tentulah jawapannya untuk kita kerana memang azan itu ditujukan kepada kita, kerana kitalah yang bernama manusia, kitalah yang terpintar, terhebat dan terkuat. Kitalah yang memiliki akal 1, 000, 000, 000, 000, neuron.

P/S: saya ada 8 buah buku motivasi DR.HM TUAH ISKANDAR al-Haj. Saya mula membeli sejak 2006. Saya suka baca buku ni.. tiap kali saya tak de mood untuk melakukan sesuatu buku ini lah yang menjadi guru sampingan saya.... (masih dalam proses untuk mendapatkan semua koleksi DR.Tuah)
1-     Membina Hati Bahagia
2-    Membina Rasa Cinta
3-    Membina Peribadi Anggun
4-    Membina Imaginasi Cemerlang
5-    Membina Cinta Sayang
6-    Membina Jati Diri Gemilang
7-    Membina Personaliti Terbilang
8-    Buat Sampai Jadi


Sunday 9 October 2011

37 Perkara Pasal Saya Yang Mungkin Korang Tak Tahu:

1.     Saya suka mengadap komputer pagi-pagi. sebab suasana masa tu damai dan hening, tak ada orang nak kacau.
2.      Bagi saya, ibu bapa adalah kekasih awal dan akhir. Saya benci orang yang tak tau nak hargai   dan hormati orang tua. Kalau boleh nak sumbat muko orang tu dalam loji tahit….huhu..
3.   Saya juga tak boleh tengok orang-orang tua dalam keadaan sedih, penat di tepi jalan atau mana-mana sahaja..terutama yang menjual di kaki lima... kalau saya nampak keadaan tu seminggu saya akan ingat orang tu... huhuhu.. sedih... saya akan fikir mana anak dia.... :(
4.     Masa kecil-kecil dulu, saya selalu dengar orang bisik-bisik..." tengok tu, mata dia mata sabun.." saya langsung tak faham ape itu mata sabun. Bila di sekolah menengah kawan2 selalu tny kenapa mata saya warna coklat..saya cakap tak tahu...pergi mana-mana orang akan tanya pakai lens ke...bila dah jadi cikgu ni..anak-anak murid tanya..”cikgu mata cikgu ori ker..?” “cikgu, pakai lens brand ape, no.berape,kaler ape...“ puas saya nak menjawab sebab hari-hari tanya soalan sama setiap kali masuk kelas..huhuhu. .malah ade yg terpercaya siap suruh saya buka lagi.. =(
5.   masa tingkatan 6 bawah first time seorang cikgu tegur saya..”kenapa datang sekolah pakai lipstick..?” hah..? terkejut saya....sedangkan saya langsung tak pakai lipstik ..”cikgu mane ado sayo pakai lipstik”  “ye ker awak ni..habis tu kenapa bibir awak merah, lain kali jangan pakai lipstik kat sekolah yer farah..” huhuhu..sedih..bila cikgu tak percaya =(..
6.   First time masuk wayang time umo 19, punya la gabra…masa tu kat kelatan ada panggung wayang lagi kat bazar Kota Bharu…rupanya tak sangka itu tahun last panggung wayang kat kelatan…movie tu dah lupa tajuk…masa tu tengok gan kawan laki... now laki tu dah kawin pun ade anak 2 dah sekarang.. ;D
7.   saya tak suka sangat-sangat orang yang sombong dan panas baran. saya rasa nak tenyeh-tenyeh je muka orang tu... Satu lagi jenis yang suka meninggikan suara bila bercakap. saya tak boleh bila orang bercakap tinggikan suara sebab saya ni jenis sensitif..nanti mengalir la air mata...kan bagus kalau cakap elok-elok....oppss..! satu lagi tertinggal...saya cukup benci dengan orang suka bercakap bohong dan penipu...
8.     Bila saya rindu, saya akan laung nama orang tu. Tak kiralah dalam hati ke atau berkata-kata yang pastinya orang lain tak kan dengar... hehehe..positifkan diri...mungkin dengan cara tu...dia pun mendengar bahasa naluri saya..
9.       Saya seorang yang sangat pemalu jika bertemu dengan orang yang ada kaitan dengan LOVE..
10. Kalau nak tahu saya bukan manusia yang keras hati… hati saya sangat lembut... ermmm... lembut cam ape ek.. cam pau yg baru masak kot... hehe... kalau saya marah pun cepat sejuk.. so tak payahlah nak bersusah payah pujuk saya...
11.   Saya sukakan benda yang kreatif..saya pun suka bidang kecantikan. Saya suka tengok benda-benda cantik, orang cantik, orang bergaya... kalau ada orang cantik depan saya.. saya akan terus pendang die... sampailah orang tu perasan..heheh.. saya tak lokek berhabis demi nak menjadi seorang wanita impian. Siapa tak nak cantik, kan2!  Saya sanggup bersengkang mata tak tidur untuk buat sesuatu yang hasilnya ’cantik’ di mata saya dan mata orang lain..
12.  Saya suka benda yang lain daripada yang lain.. kalau boleh tak mahu sama dengan orang... sebab itu saya suka mereka sendiri... tapi lepas tu kalau ada orang nak tiru.. saya tak kisah dah sebab saya dah dapat dulu merasanya... hehehe...
13.    lagi satu..... saya tak suka tengok benda yang bersepah... terutama kat rumah, dalam bilik, dapur....... bila saya tengok tempat yang semak hati saya tak kan tenang.. sepenat mana pun saya masa tu saya tetap akan kemas..... saya tak suka orang yang suka buat sepah...
14.   pantang kalau barang saya di usik tanpa kebenaran saya....
15.  saya memang allergic kena geletek... saya juga mudah terkejut... saya tak suka kalau ada orang cuba bergurau sehingga mengejutkan saya..’kejut beruk’ orang kelate cakap.. saya boleh marah tau sb saya rasa jantung nak tercabut.. kalau saya dengan mak sedara cik da penyakit terkejut saya lagi melampau...  lagi satu.. saya ni gayat.. nak langkah longkang pun saya takut... apatah lagi kalau berada tempat tinggi dan pandang bawah.. rasa nak pengsan jer......
16. saya geli binatang yang jenis lembut-lembut macam ular, tikus, cicak... lebih-lebih lagi bila binatang ni dah mati dan urusan nak kebumi. masa sekolah dulu banyak kali juga la saya tersempak dengan ular dah tak igt berapa kali sb banyak kali terserempak dengan ular dalam rumah...huhu.. sb saya ni jenis penggeli ular dalam TV dan gambar pun saya tak sanggup tengok..apatah lagi secara live.. saya pernah nampak ular lalu depan almari dalam rumah.. 1 minggu saya tak nak pijak kat tempat tu..kalau saya lalu juga saya akan pakai selipar..kadang2 saya terlupa main jalan je..bila teringat saya terus melompat menjerit.. walhal ular dah tak de.. tp ’bekas’ dia tu buat saya geli...walaupun tak tinggal ’bekas’ langsung..
17.  Aaa...satu lagi, orang akan kata saya pediam… sebenarnya kalau orang tak kenal saya memang cakap saya ni pendiam dan pemalu.. tapi sebenarnya saya ni terlebih peramah tau kalau dengan orang yang rapat dengan saya... kalau dalam family saya paling kecoh... saya happy go lucky juga otak giler... sb tu saya tak pandai berkawan dengan orang yang pendiam.... sebab say ni kecoh.. suka buat lawak walaupun lawak bodoh.... hehe.. kalau orang tu ramah dengan saya.. saya 2 kali ganda akan ramah dgn dia...
18.    masa kecik dulu rasanya umur 7 tahun saya pernah kena 6 jahitan kat tepi mata sebelah kanan sb panjat pagar depan rumah lepas tu tercucuk kat  pagar... nasib baik tak kena dalam mata.. parut tu masih ada sampai sekarang..
19.  seumur hidup saya.. sampai sekarang ni...  dah 2 kali saya naik ambulans.. first time saya teman kawan saya yang pengsan kat sekolah hantar ke HUSM tahun 2001.. kali kedua saya sendiri yang sakit.. mama yang teman dalam ambulans tu..saya kena gastrik yang teruk sampai tak boleh bangun sebab terlalu banyak muntah tahun 2009 masa tu hari raya puasa...huhu..kena tahan di HUSM selama 13 jam..
20.    saya tak suka orang yang merokok dan yang sewaktu dengannya. ....
21.    saya benci orang main ambik hak saya tanpa diperkenan. Pastu bajet milik dia sepenuhnya sebelum masa.
22.    saya tak pandai nak buat jahat.. balas dendam kat orang.. walau cam mana orang tu buat kat saya.. saya tak pandai nak balas balik.. marah saya hanya sekejap jer..lepas tu saya boleh senyum lebar kat dia walaupun die dah buat ’tahik’ kat saya... huhu.. itula saya selalu kena tipu.. (teringin sekali sekala nak buat jahat kat orang hahaha)
23.    Bila susah hati kepala saya akan sakit terutama bahagian dahi…. Dan selera akan makan akan hilang….. tp kalau terlampau gembira menerima sesuatu berita tak selera makan juga… terus kenyang.. heheh.. kalau saya penat pun selera makan akan hilang
24.  saya ni agak cerewat kalau bab makan… kalau Makanan tu tak sedap saya tak akan makan.. kalau makan pun tak kan habis walaupun masa tu saya lapar tahap cipan….
25.  Saya juga cerewet kot nak pilih calon suami…..  hehehe...ada ciri-ciri tertentu. Rahsia tau! Tp yang pastinya orang itu mesti lebih bijak segala-galanya daripada saya dalam agama dan pendidikan… ;D
26. Lagi satu saya ni jenis yang tak sabar… tak sabar ape… saya tak suka orang buat saya tErtunggu-tunggu… saya cukup sakit hati dan geram bila orang cakap…” ala,,,, nantilah…. Satu hari nanti aku bagi tahu.. or nantilah.. lepas-lepas ni aku cite la kat kau or aku ada sesuatu nak bg tahu kau…tp tunggu masa yang sesuai.. dan sewaktu dengannya….. tolonglah.. kalau dengan saya jangan buat cam ni… tak sukaaaaa!!!
27. Ermmm...saya ni sensitif juga orangnya ...  kalau tengok orang  nangis.. saya pun akan nangis.... beria-ria pulak tu tolong nangis untuk orang... haha..
28.    orang ’berkira’ dengan saya.. saya juga akan ’berkira’ dengan orang tu....
29. saya tak pandai buat sombong walaupun ada yg cakap saya sombong... kalau ada orang berlagak sombong dengan saya kan..kan... saya senyum dia buat tak tahu, saya tegur dia jawab cam tak nak jawab jer... eeee... dia ingat dia sape... dah banyak kali saya terkena dengan orang cam ni masa sekolah, masa kat u dan masa kat kerja... dan saya akan menyumpah2 tp dlm hati jer la... tapi kan.... walau cam mana pun orang tu buat kat saya.... saya tetap tegur dan senyum gak..huhuhu.. memang muka saya ni jenis tak malu kot..............
30.  kalau orang tu baik dengan saya... saya berpuluh kali ganda buat baik dengan orang tu..... saya hargai orang yang hargai saya...
31.   shhhhhh...!!! sebenarnya kan...kan... saya ni jenis kuat makan tau... tanyala family saya kalau tak caya... tapi nak buat cam mana makan banyak pun badan tak mau naik juga... tp ni untung ni semua benda leh sumbat so tak payah fikir nak diet kan..kan...
32.  saya seorang sangat berdikari dan gagah tak terperi hehe... so sape yg jadi suami saya nanti beruntung la anda.. ahaha. walaupun tempat tu baru bagi saya... saya akan usaha sendiri… daripada kecil lagi saya suka berdikari.. tak mau menyusahkan orang.. kecuali saya memang tak boleh buat sendiri.... saya pernah berjauhan dengan keluarga untuk merasai susah payah cari duit, saya berkerja di kedai menjual buah di Taman warisan putrajaya masa tu saya tengah tunggu result STPM tahun 2002... naik motor buruk ’honda samah’ dalam bandar putrajaya.. kadang-kadang selisih dengan kete ’pak lah’ p kerja...
33.  jangan terkejut kalau saya katakan... masa tunggu result SPM 2000 saya boring dok rumah.. saya membuat kuih ’che mek molek’ dan saya jual waktu pagi bagi kat jiran sebelah rumah ’kak cik aroh’ sb die buka kedai makan pagi... memang glamor la che mek molek anak hj pok nik daud dan hajah noriah kg bukit bator... hahaha..
34.  dan jangan terkejut juga..... time cuti masa kat univesiti dulu balik kampung saya buat pau, apam gula hangus, che mek molek, dan kuih ketayap jual waktu petang.. saya letak kat ’kedai sup kak ha’ dan waktu pagi saya letak kat kedai ’kak ja’.... masa tu memang glamor anak daro pok nik daud bukit bator.. semua orang tanya kuih sape ni sedap.. heheh..
35.  bila dah habis belajar di UPM.. tunggu konvo... nak cari duit... saya p kerja di kedai kain ‘salem aziz’ wakaf che yeh kelantan.
36.  saya jenis yang tak mudah berputus asa... saya akan buat  sehinggalah sampai satu tahap saya memang dah tak boleh melakukannya lagi... tapi Alhamdulillah.. setakat ini saya tak pernah gagal dalam apa yang saya lakukan walaupun hasilnya tak lah seperti yang saya harapkan tapi sekurang-kurangnya saya telah berusaha bersungguh-sungguh....
37.   saya bahagia dengan apa yang saya ada sekarang... walaupun ada yang tanya kenapa saya tak kawin-kawin.. tak nak kawin ker.... ok.. ini jawapan saya:

” setiap manusia yang dilahirkan mempunyai keinginan , kemahuan, kehendak masing-masing... setiap orang mahukan yang terbaik dalam hidup kita... setiap orang mengharapkan dapat berkahwin dan hidup semati dengan pasangannya... setiap pasangan yang baru berkahwin mengharapkan ikatan dan kebahagian yang dirasai pada hari itu akan kekal sehingga ke akhir hayat... tapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi yang menentukan segala-galanya adalah TUHAN yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui... DIA bagi apa yang kita perlu bukan yang kita mahu.....dan kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawal pada NYA. Hanya DIA di atas sana”

 SEKIAN TERIMA KASIH

P/S: Sebenarnya banyak lagi pasal saya.. kalau cite kat sini 1 tahun pun tak habis.. lagipun blog ni bukan bertujuan untuk cerita pasal saya.. tapi ni kiranya sebagai iklan... hehehehe....