Sunday 9 October 2011

MUKADIMAH

Assalamualaikum.......

Dah lama saya terfikir untuk menghasilkan blog tapi kekangan masa yang tidak mengizinkan sebagai seorang guru dan pelajar… tapi setelah saya habis belajar.. saya rasa rindu untuk menulis…. So saya rasa tak salah dan tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada saya kalau saya kongsikan dengan semua orang apa yang saya tahu dan apa yang saya pelajari di sini…..Sekurang-kurangnya pengetahuan yang tak seberapa yang saya dapat selama ini tidak berlalu begitu sahaja…

Untuk permulaan ini saya akan menceritakan dulu serba sedikit pasal diri saya…..

Saya anak jati kelantan.. dilahirkan pada tahun 31 Mei 1983… saya tidak lah sebijak sepintar orang lain yang ternama… tapi Alhamdulillah saya bersyukur di atas kurniaan ilahi…  setiap orang Allah menciptakan seindah-seindah dan sebijak-bijak kejadian Cuma diri kita sendiri yang membentuknya…

Masa sekolah rendah saya sekolah di SK.gunung kelantan..dari darjah 1 hingga 6 dan saya sambung tingkatan 1 di sekolah SMK.Sri Gunung sehinggalah tingkatan 6 atas.  Apa yang saya nak bagi tahu di sini… saya ambil STPM dua kali….. kali kedua baru saya berjaya masuk ke UPM 2004.. kali pertama tu lulus separuh je kertas pengajian Am.. saya tak sebijak dan sepintar adik beradik yang lain.. saya juga tidak sebijak kawan-kawan yang lain.. tapi saya tak putus asa.. saya berusaha bersungguh-sungguh... gagal sekali tak bermakna gagal untuk selama-lamanya..itu prinsip saya pegang sampai sekarang...

Saya suka membaca… sebab tu masa tingkatan 6 saya pilih kelas sastera…selepas habis STPM tahun 2003...

Tahun 2004 saya ditawarkan ke UPM dalam bidang Bacelor Sastera (Bahasa Dan Linguistik Melayu). Major bahasa dan linguistik melayu dan Minor kesusasteraan Melayu.

Subjek-subjek yang saya pelajari di Universiti Putra Malaysia ialah:

1)      English for academic purposes
2)      Bahasa melayu tinggi
3)      Pengajian moral
4)      Pengucapan awam
5)      Tamadun islam
6)      Tamadun asia
7)      Skills in grammar
8)      Sejarah kebudayaan melayu
9)      Bahasa melayu klasik
10)  Pangantar liguistik am
11)  Bahasa Thai I
12)  Pengenalan kepada falsafah
13)  Sejarah kesusasteraan melayu
14)  Fonetik dan fonologi bahasa melayu
15)  Tatabahasa melayu
16)  Sosiolinguistik
17)  Kenegaraan malaysia
18)  Teori kesusasteraan
19)  Drama melayu
20)  Sejarah dan rumpun bahasa melayu
21)  Sistem tulisna jawi
22)  Kaedah penyelidikan bahasa melayu
23)  Bahasa Thai II
24)  Kritikan dalam kesusasteraan melayu
25)  Kesusasteraan hikayat
26)  Kesusasteraan epik dan historiografi melayu
27)  Pengantar psikolinguistik
28)  Peristilahan
29)  Bahasa Thai III
30)  Cerpen melayu
31)  Isu-isu dalam kesusasteraan melayu
32)  Bahasa dalam kesusasteraan melayu
33)  Pengantar dan penterjemahan
34)  Bahasa dalam multimedia

Selepas konvoksyen 2007 saya menjadi penganggur terhomat di rumah…. Dan tahun 2008 saya mula bekerja di syarikat NITTSU SDN.BHD sebagai receptionist...

… masa kerja kat situ.. buat pertama kalinya saya berpeluang ke langkawi untuk dinner akhir tahun.. tapi sayang gambar2 semua dah tak de sb my laptop kena curi masa study master kat UM.. huhu...

Bulan 6/2008 saya sambung belajar di UM dalam bidang sarjana linguistik (kursus dan disertasi)

Semester 1 (2008/2009) :
1)      Linguistik am
2)      Kelemahan komunikasi manusia
3)      Leksikologi

semester 2 (2008/2009):
1)      Kajian leksis dalam pemindahan antara bahasa
2)      Linguistik terapan
3)      Metodologi penyelidikan

semester 3 (2009/2010):

saya berjaya habiskan kelas dan peperiksaan selama 1 tahun.. dalam semester ni juga saya ditawarkan menjadi GSTT di senawang. Bila kerja saya tak dapat tumpukan pada penulisan tesis so saya fikir untuk tangguhkan dahulu pengajian pada semester ini. Dan saya sambung pengajian saya pada semester depan. Walaupun saya tangguh pengajian dalam masa yang sama saya masih teruskan menulis proposal tesis.

Semester 4 (2010/2011) :

Bertungkus lumus menyiapkan proposal. Kali pertama bentang bln 3/2010 panel tidak bersetuju dan saya terpaksa ubah semua data kajian. Kali kedua bentang bln 4/2010 baru panel bersetuju dengan proposal say
Memungut  data kajian ......

Semester 5 (2010/2011) :
Memungut data kajian....

Semester 6 (2010/2011):
Menulis dan menganalisis data dan bulan 4/2011 saya submit tesis. Bulan 4 juga saya VIVA thesis... bulan 8 keputusan keluar.. tesis lulus Alhamdulillah......

So saya berjaya habiskan pengajian saya selama 5 semester iaitu 2 tahun 3 bulan.. 1 tahun untuk courseworks dan 1 tahun 3 bulan untuk writing tesis. Hanya Allah yang tahu betapa banyak dugaan, suka duka yang terpaksa saya lalui.. tugas sebagai seorang guru dan dalam masa yang sama sebagai pelajar agak mencabar.

Jika dulu masa saya study dalam ijazah sarjana muda linguistik saya tak terfikir untuk menjadi seorang guru sebab cita-cita saya ialah pensyarah. tak sangka jadi cikgu lak.. tapi saya akan pastikan cita-cita saya akan tercapai 1 hari nanti....

Mungkin ramai yang nak tahu apa tajuk tesis saya kan..kan..
tajuk disertasi saya ialah:

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES.


Saya dapat idea untuk tesis ni selepas saya mengikuti kelas kelemahan komunikasi manusia iaitu kelas En.Rahim. dalam subjek ni banyak benda baru yang saya dapat dan saya pelajari. Baru saya tahu apa itu kecacatan bahasa. Dalam subjek ini saya dapat tahu bermacam-macam teori yang berkaitan dengan orang cacat menguasai bahasa dan berkomunikasi. Mungkin selama ini kita tertanya-tanya macam mana bayi menguasai bahasa sedar-sedar dah besar dah boleh bercakap kan... kita juga mungkin tertanya-tanya macam mana orang pekak, bisu, dan mempunyai kecacatan yang lain menguasai bahasa dan berkomunikasi.

Ketika saya study untuk menyiapakan assginment untuk kerja khusus ini saya tertarik dengan kajian Dr. Abdullah Yussof yang bertajuk: 

PEMAPARAN IDEA DALAM KARANGAN: KAJIAN KES TERHADAP KARANGAN PELAJAR PEKAK

Kajian ini sangat menarik... Daripada situ la saya mula terfikir macam mana pula pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembalajaran menulis karangan. Terlintas di fikiran saya untuk meneroka lebih jauh dalam bidang ini. 

Dengan satu tekad saya bagi tahu kawan-kawan saya bahawa saya ingin menumpukan kajian saya dalam bidang kecacatan bahasa. Saya rasa bersyukur sebab penyelia pilihan saya dipersetujui oleh fakulti dengan memilih EN.Rahim sebagai supervisor saya... dan kegembiraan ini lagi bertambah bila DR.Abdullah Yussof sendiri merupakan pemeriksa luar untuk tesis saya dan timbalan dekan Prof. Dr.Jawakhir pemeriksa dalam.

Subjek Lingusitik am dan linguistik terapan yang saya pelajari menambahkan pengetahuan saya mengenai pemerolehan, penguasaan dan perkembangan bahasa manusia. Nanti saya akan berkongsi pengalaman dengan anda semua apa yang saya pelajari. 


Tentu semua nak tahu macam mana penguasaan dan perkembangan bahasa seseorang manusia daripada bayi sehinggalah dewasa sehingga mereka mampu berkomunikasi sama ada orang itu tergolong dalam kalangan istimewa ataupun normal. Insya Allah saya akan berkongsi dengan anda semua. Setiap bayi yang dilahirkan akan melalui pemerolehan bahasa pertama… iaitu bahasa ibunda.. bahasa daripada ibubaba. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi.


Tunggu saya akan update tajuk ini di lain hari.... sekarang sibuk untuk membuat soalan peperiksaan akhir tahun...

Di sini saya pamerkan abstrak penulisan disertasi saya:


This research is a case study on the visualization of ideas and language proficiency in the composition produced by slow learners. Language is the most important communication channel for everyone. Through languages, people can communicate with others in order to express feelings, needs, opinions, experiences, ideas, knowledge, to obtain information, gain knowledge, understanding other and so forth both in written and oral form. As such, language proficiency is an important aspect of the learning process.

The study employs ten subjects among Form Two students who are considered slow learners. The data gathered is based on 60 essays formal and informal interviews as well as the diagnostic test. From the data obtained, an evaluation and discussion of the results are presented in chapter 4 and it was found that the respondents cannot deliver their ideas in the written essays properly. This is because the respondent has not mastered the language well. Without proper language skills the visualisation of ideas in essays cannot be done

The last chapter is the conclusion and is the at this thesis. This research has revealed the difficulties faced by slow learners in mastering language Bahasa Melayu.



p/s : tidak dibenarkan sama sekali copy paste abstrak ini tanpa kebenaran saya! 
saya juga tidak berani janji yang saya boleh update blog ni tiap-tiap hari.. tapi saya akan cuba sebaik mungkin... ;D













1 comment:

  1. assalamualaikum,saya baru je terjumpa blog cikgu.dan saya kagum dengan latar belakang pendidikan cikgu.sebenarnya saya juga akan menduduki peperiksaan stpm buat kali kedua tahun ini.tapi saya dalam dilema,kerana saya hanya mengambil 2 subjek sahaja iaitu sejarah dan pengajian am.adakah mereka akan menggabungkan keputusan saya dgn yg lama sebab kelayakan ke ipta ialah 4 subjek.jadi saya keliru sebenarnya sekarang ini...

    ReplyDelete