Tuesday 11 October 2011

Membentuk Identiti Diri

Islam tidak pernah menghalang kemajuan. Malah Islam sentiasa memotivasi umatnya memajukan diri setinggi yang boleh. Jika tidak masakan ada saranan yang berbunyi, “Berusahalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadalah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari.”

Jadi, dalam menilai pada tahap mana anda berada bukan bermakna hendak menyarankan anda menjadi insan yang tidak tahu berasa puas atau tidak tahu bersyukur tetapi mengakui kedudukan yang lebih baik sentiasa tersedia buat anda selagi anda berusaha, berdoa dan bertawakal.

Apakah anda tahu bahawa TUHAN telah menetapkan anda menjadi seperti sekarang di LUH MAHFUZ? Tiada siapa tahu apa sebenarnya yang tercatat di sana. Barangkali anda menjadi sekian-sekian sekiranya anda berusaha sekian-sekian. Jika anda berpuas hati dengan kedudukan sekarang dan tidak mahu berusaha memajukan diri, anda seolah-olah tidak percaya bahawa ALLAH sentiasa bersedia memberikan yang terbaik buat anda.

Qada dan Qadar boleh berubah dengan berdoa yang disertai usaha dan tawakal yang ikhlas. Jika tidak, mengapa ALLAh menyarankan anda berdoa kalau apa yang telah termaktub dalam Qada dan Qadar itu tidak boleh berubah.

Mengapa anda disarankan memohon panjang usia sekiranya usia yang sedia ada itu sudah tetap. Mengapa anda disuruh memohon rezeki yang bertambah kalau secupak sudah anda yakini tidak akan menjadi segantang?

 Demikianlah, kita mesti berkeyakinan keadaan diri kita sentiasa ada harapan untuk diberikan peningkatan dan yang terbaik jika kita berusaha, berdoa dan bertawakal mengikut saranan dan kehendak agama. Motivasi diri, malah sudah terang dan nyata dalam firman-firman dan juga hadis-hadis Nabi s.a.w. Jika sudah ditetapkan anda hanyalah sekian-sekian, untuk apalagi ayat-ayat dan sabda-sabda yang berbentuk saranan, suruhan malah paksaan itu.

P/S: Mahu jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik  di dunia dan akhirat… Insya Allah… Thanks untuk DR. HM TUAH ISKANDAR..
Saya sangat sedih dengan sikap pelajar sekarang.. kalau la saya boleh cuci otak mereka dah lama saya cuci.. Ya Allah.. bukalah pintu hati dan terangilah hati anak-anak muridku dengan nur keimanan yang bergemerlapan.

No comments:

Post a Comment