Monday 10 October 2011

Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Melayu

Bagaimana seorang anak Melayu menguasai bahasa ibunya sehingga dia pandai berbahasa.

Perkembangan bahasa seseorang bayi itu bermula dengan tangisan atau senyuman sebagai menyatakan perasaan dan keperluannya. Ini dikatakan bahasa nurani iaitu dia akan tersengih atau pun tersenyum jikalau dia senang, manakala dia akan merengek atau menangis jikalau dia lapar atau berada dalam keadaan tidak selesa atau sakit.

Apabila kanak-kanak itu menjangkau umur kira-kira satu tahun barulah dia mengisi bahasa-bahasanya dengan baik secara lisan mengikut peringkat-peringkat seperti dalam Jadual 2.1 A.E.Blackhurst. Proses permerolehan bahasa akan berkembang secara semula jadi mengikut urutan Jadual 2.1 seperti di bawah.

Jadual 2.1: Proses Permerolehan Bahasa
Umur
Perbendaharaan Kata
8 bulan – 1 ½ tahun
Sepatah perkataan
1 ½ tahun – 2 ½ tahun
Dua patah perkataan
2 ½ tahun – 4 tahun
Ayat pendek
Lebih daripada 4 ½ tahun
Ayat sempurna
1 tahun
2 atau 3 patah perkataan
1 ½ tahun
20-50 patah perkataan
2 tahun
Lebih kurang 300 perkataan
2 ½ tahun
lebih kurang 500 perkataan
3 tahun
Lebih kurang 1,000 perkataan
4 tahun
Lebih kurang 1,5000 perkataan
5 tahun
Lebih kurang 2,000 perkataan
6 tahun
Lebih kurang 2,500 perkataan
7 tahun
Lebih kurang 4,000 perkataan

Tetapi perkembangan ini terjadi sekiranya seseorang kanak-kanak terdedah dengan persekitaran yang sihat kerana pada peringkat ini kanak-kanak mudah dipengaruhi dan menerima didikan.

Sejak dilahirkan bayi terus berusaha berkomunikasi dengan orang lain. Yang dimaksudkan dengan berkomunikasi di sini ialah menyampaikan dan menerima sesuatu mesej atau erti.

Cara yang dipakai oleh bayi ialah:
·        apabila dia lapar maka erti atau mesej ini disampaikan dengan cara menangis.
·        Apabila dia kenyang dan berpuas hati mesej ini disampaikan dengan cara tidur nyeyak.

Perkataan pertama yang dikeluarkan oleh seseorang bayi ialah ’nggek’ [ge:k]. ’nggek’ tetap membawa pengertian kerana seseorang ibu atau orang yang terdekat dengan bayi faham akan maksud perkataan ’nggek’ itu, iaitu satu usaha bayi yang berbentuk tuturan untuk mendapatkan susu. Kemugkinan pada bayi tersebut setiap kali dia menyebut ’perkataan’ ini dia akan berasa puas keran hajatnya akan terlaksana. Pendeknya, apabila bayi hendakkan susu dia hanya perlu sebut ’nggek’ dan susu akan diberikan kepadanya. Berdasarkan pengalamannya bayi dapati setiap kali dia menyuarkan ’nggek’ hajatnya hendakkan susu akan tercapai. Kadangkala perkataan ini akan diperkuatkan lagi dengan gerak geri tangan dan kaki, nada suara dan ekspresi.

Sering kali juga kita menggunakan bunyi sesuatu benda itu di dalam bahasa bayi kita, sewaktu kita hendak memperkenalkan benda berkenaan pada bayi kita. Misalnya kita hendak memperkenalkan seekor kucing, adalah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut  ’ngiau’. Ketika hendak memperkenalkan seekor anjing pula, kebiasaanya kita menyebut  ’wow’, ’wow’. Jadi pada bayi berkenaan, kuicng ialah ’ngiau’ dan anjing adalah ’wow’, ’wow’. Setelah dapat menguasai konsep ini dan diikuti pula akhirnya dengan keupayaan mengeluarkan kata-kata itu, bayi itu akan terus menggunakan perkataan-perkataan ini untuk benda-benda yang berkenaan sehinggalah dia sampai satu tahap di mana dia menguasai ’bahas dewasa’. Pada tahap ini bolehlah dikatakan dia meninggalkan ’bahasa bayinya’ dan mula menguasai bahasa ibundanya.

Sejak dilahirkan si bayi juga terus mengamati persekitarannya melalui pancainderanya tanpa disedarinya keranna hakikat ini telah diatur dan direncanakan secara semula jadi. Bayi mula belajar bahasa dengan mencuba bercakap dengan ibu bapanya.

Chomsky, seorang tokoh bahasa Amerika. Menurutnya tidak semestinya seseorang kanak-kanak Melayu yang telah dilahirkan dalam keluarga Melayu dapat menguasai bahasa Melayu secara semula jadi. Sekiranya kanak-kanak Melayu itu tadi dibesarkan di dalam keluarga Cina semestinya dia boleh bercakap dalam bahasa Cina, begitu juga sebaliknya. Hal ini terjadi kerana kanak-kanak akan mendengar dan akan mengikut apa yang didengarinya. Inilah cara kanak-kanak normal menguasai bahasa


P/S: Kanak-kanak perempuan mula bercakap lebih awal dari kanak-kanak lelaki.



No comments:

Post a Comment